Posts

15 Dec 2018 : Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong, Pahang

Image
Assalamualaikum w.b.h. Salam Ukhwah, Salam Pengembara dan Salam Persahabatan buat semua.  Ya Allah Tidak ada kemudahan Kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan & Engkau menjadikan sesuatu yang susah itu mudah Apabila Engkau mengkehendakinya... Kembara kita pada kali ini adalah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah yang terletak ditengah-tengah Pekan Bentong, Pahang.  Sedikit info berkenaan dengan Pekan Bentong ini, Bentong merupakan salah satu daerah dalam Pahang, Malaysia. Daerah ini merangkumi kawasan seluas 1,831 km². Kedudukannya ke arah timur laut Kuala Lumpur, di sebelah bertentangan Banjaran Titiwangsa. Terletak bersebelahan dengan Daerah Gombak, Selangor, Bentong merupakan bandar yang semakin pesat membangun. Jalan Bentong merupakan laluan utama ke Pantai Timur iaitu negeri Terengganu dan Kelantan. Sejarah nama Bentong adalah daripada "banyak untung" kerana pada masa dahulu Bentong mempunyai lombong bijih timah. Ayat tersebut dikatakan oleh orang Cina ya...